Ada satu ketika, kerajaan juga ada menyatakan larangan merokok di tempat-tempat awam seperti sekolah, hospital, pejabat-pejabat kerajaan dan stesen bas. Hari ini seorang perokok boleh merokok dengan bangga dan gahnya di tempat-tempat larangan tadi malah ada yang boleh menangkap gambar ketika sedang merokok di tepi papan tanda ‘zon larangan merokok’, ini kerana penguatkuasaan teramatlah sangat lemah dan boleh saya katakan TIADA PENGUATKUASAAN langsung. Hendak menubuhkan akta memang senang, hendak menguatkuasakan memang susah. Daripada kita berhabis duit untuk kempen di sana sini. Lebih baik kita menguatkuasakan larangan ini dengan lebih pro aktif dan mengaut duit daripada pesalah rokok yang kaya ini. Dengan melantik seseorang yang penguatkuasa yang AMANAH dan BERTANGGUNGJAWAB untuk berkawal di kawasan larangan ini dan kemudian sekiranya ada pesalah yang melakukan kesalahan ketika itu hendaklah dikenakan saman pada pesalah ini. Jika enggan bayar denda, kenakan hukuman khidmat masyarakat di kawasan yang pesalah ini ditangkap.
Apabila artikel ini disiarkan kelak, saya pasti ramai perokok mencemuh saya tidak kurang yang mengutuk saya tetapi sebelum itu saya mencabar para perokok yang mencemuh saya itu, buktikan pada dunia mahupun masyarakat bahawa merokok mendatangkan kebaikkan. Buktikan! Akhir kata dari saya, janganlah kita menjadi si perokok bersama rokok-rokoknya kerana fakta telah terang lagi bersuluh. Kempen yang dibuat oleh kerajaan bukanlah untuk para perokok melepaskan asap di tangga mahupun menyalakan rokok di daun keladi. Janganlah kita bersikap merokok-merokok dahulu, bersakit-sakit kemudian dan ingatlah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Tepuk dada tanya diri. Wallahu’alam...

No comments:
Post a Comment