Wednesday, December 23, 2009

hEaD fOr FrEeDoM

Apakah perkataan yang sering dilafazkan dari mulut kita sekiranya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas? Apakah pula yang bermain di fikiran sekiranya kita sedang mengejar masa ketika itu? Walau apa sekali pun anda mahupun saya lakukan, kita masih terperangkap! Di sana sini, masyarakat mengeluh tentang ini, tidak kurang juga pembangkang mahupun kakitangan kerajaan. Masing-masing sudah kekeringan modal untuk dibahaskan di Parlimen bagi menangani isu ini. Apakah sudah memang mutlak bahawa memang tiada jalan penyelesaian?
Ideologi serta pendapat bagi menangani isu ini memang ada pada asalnya iaitu dengan berpandukan sistem pengangkutan negara maju khususnya barat. Namun begitu, sebagus mana cadangan mahupun idea-idea tersebut itu dibahaskan tetapi masih tidak dapat direalisasikan di negara kita. Ini adalah disebabkan apabila usul diketengahkan, ada sahaja tentangan yang diterima. Walau tak mengira sama ada ianya mendatangkan kebaikan mahupun keburukan. Hal ini jelas terbukti sewaktu kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad lagi iaitu ketika Datuk S. Samy Vellu menerajui Kementerian Kerja Raya, pihak kerajaan ketika itu mengusulkan untuk melaksanakan sistem gantri iaitu sistem bagi menggantikan penggunaan tol. Pada ketika itu, reaksi pembangkang memberikan pelbagai tentangan itu dan ini. Sana tak betul, sini tak betul dan apa yang betul pun kita tak tahu. Akhirnya sistem itu tidak dilaksanakan dan senyap begitu sahaja. Hasilnya pada hari ini, sistem tol berlapis pula diperkenalkan tetapi keadaan masih sama.
Di negara maju contohnya negara jiran kita iaitu Singapura, mereka tidak mempunyai plaza tol sama ada di lebuh raya atau jalan-jalan persekutuan. Apakah mereka terlalu kaya sehingga memansuhkan pengutipan duit tol? Jawapan yang sebenar adalah tidak, mereka masih mengutip tol tetapi menggunakan sistem gantri ini bagi menggantikan pengutipan duit tol melalui plaza tol. Sistem gantri ini rupa bentuknya adalah sangat ringkas, ianya memerlukan tiang melintasi ruang atas jalan raya dan di letakkan tiga panel berteknologi tinggi di atasnya. Setiap kenderaan yang melalui dibawahnya perlulah mempunyai gajet seperti smart tag untuk membayar tol tersebut. Gajet tersebut di pasang pada setiap kenderaan baru mahupun yang lama dan sebesar panel caj kad kredit sama ada motosikal, kereta mahupun lori. Walaupun hampir sama sistemnya seperti smart tag di Malaysia tetapi kecanggihannya mungkin akan mengujakan kita. Sebagai contoh anda memandu kenderaan di lorong smart tag, pastinya anda perlu memperlahankan kenderaan anda seperlahan yang mungkin supaya alat ‘sensor’ tersebut dapat mengesan smart tag anda tetapi sekiranya anda melalui lorong tersebut dalam keadaan laju, kemungkinan besar anda perlu berhenti dan ‘reverse’ serta ke depan semula untuk dikesan oleh ‘sensor’ tersebut. Situasi yang sama sekiranya bateri smart tag anda kehabisan dan bermulalah pesta siren seolah-olah kita baru merompak plaza tol tersebut. Memang agak runsing juga jawabnya apabila kerja mudah jadi susah. Berbeza dengan sistem gantri apabila tiba di bawah gantri tersebut anda pandu selaju mana sekali pun alat ‘sensor’ itu masih dapat mengesan smart tag anda dan sekaligus mencajkan ke dalam akaun anda. Begitu ringkas, tiada plaza tol, tiada lorong sempit, tidak perlu menekan brek sehingga kenderaan hampir berhenti malah tiada SIREN!
Pelaksanaan penggunaan sistem gantri ini sememangnya memerlukan kos yang tinggi di samping kos pengawalannya (maintenance) tetapi cuba anda bandingkan jika kos untuk mendirikan plaza tol, mengaji pekerja tol serta kos elektrik (pendingin hawa dan lampu) tidak diperlukan, mana satu menjadi pilihan? Bunyi siren atau memandu seperti biasa? Tepuk dada tanya hati.

Thursday, December 3, 2009

pRo gReEn n hEaLtHy EnViRoMeNt 4(LaSt)

Ada satu ketika, kerajaan juga ada menyatakan larangan merokok di tempat-tempat awam seperti sekolah, hospital, pejabat-pejabat kerajaan dan stesen bas. Hari ini seorang perokok boleh merokok dengan bangga dan gahnya di tempat-tempat larangan tadi malah ada yang boleh menangkap gambar ketika sedang merokok di tepi papan tanda ‘zon larangan merokok’, ini kerana penguatkuasaan teramatlah sangat lemah dan boleh saya katakan TIADA PENGUATKUASAAN langsung. Hendak menubuhkan akta memang senang, hendak menguatkuasakan memang susah. Daripada kita berhabis duit untuk kempen di sana sini. Lebih baik kita menguatkuasakan larangan ini dengan lebih pro aktif dan mengaut duit daripada pesalah rokok yang kaya ini. Dengan melantik seseorang yang penguatkuasa yang AMANAH dan BERTANGGUNGJAWAB untuk berkawal di kawasan larangan ini dan kemudian sekiranya ada pesalah yang melakukan kesalahan ketika itu hendaklah dikenakan saman pada pesalah ini. Jika enggan bayar denda, kenakan hukuman khidmat masyarakat di kawasan yang pesalah ini ditangkap.
Apabila artikel ini disiarkan kelak, saya pasti ramai perokok mencemuh saya tidak kurang yang mengutuk saya tetapi sebelum itu saya mencabar para perokok yang mencemuh saya itu, buktikan pada dunia mahupun masyarakat bahawa merokok mendatangkan kebaikkan. Buktikan! Akhir kata dari saya, janganlah kita menjadi si perokok bersama rokok-rokoknya kerana fakta telah terang lagi bersuluh. Kempen yang dibuat oleh kerajaan bukanlah untuk para perokok melepaskan asap di tangga mahupun menyalakan rokok di daun keladi. Janganlah kita bersikap merokok-merokok dahulu, bersakit-sakit kemudian dan ingatlah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Tepuk dada tanya diri. Wallahu’alam...

Friday, November 20, 2009

pRo gReEn n hEaLtHy EnViRoMeNt 3

Pada pendapat saya, jika si perokok mahu merokok sekali pun janganlah sampai menyekat hak kebebasan untuk hidup sihat orang lain serta memburukkan kesihatan orang lain. Kalau nak mati pun atau tak sayangi diri sendiri, janganlah sampai menyusahkan orang lain. Siapkan dahulu wasiat mengatakan sekiranya terlibat dengan penyakit kronik akibat merokok, hendaklah pihak bertanggungjawab jangan ambil kisah terhadap mereka. Di hospital, para petugas sudahlah dibebani dengan pelbagai masalah pesakit yang ramai tapi si perokok pun mahu tumpang merasa nikmat di hospital pula. Sudahlah menyusah orang lain (petugas hospital), saudara mara pun di heretnya sekali. Apa tidak punya hati dan perasaankah para perokok sekalian??

Secara keseluruhannya, merokok sememangnya tidak mendatangkan faedah 100% tanpa was-was lagi. Malah dalam ajaran Islam sendiri menegaskan perbuatan membunuh diri sendiri adalah haram maka perbuatan-perbuatan yang mendorong ke arah tersebut juga adalah haram. Tidakkah perbuatan merokok itu umpama membunuh diri malah lebih keji lagi membunuh manusia yang tidak berdosa di sekelilingnya sekali? Majoriti yang merokok ini adalah di kalangan umat Islam sendiri dan hal ini memang sungguh mendukacitakan dan atas hal ini jugalah saya merasa amat terpanggil untuk memberikan serba sedikit cadangan untuk dipertimbangkan oleh pihak berwajib antaranya ialah supaya para mufti yang bersidang di Majlis Fatwa Kebangsaan membentangkan serta membahaskan isu ini yang mungkin boleh bertajuk “Haram Rokok Di Sisi Islam”. Bukan sekadar mengeluarkan tetapi hendaklah menguatkuasakannya secara aktif. Memang saya tidak nafikan, walau keluar fatwa bagaimana sekali pun tetap juga ada orang yang akan merokok contohnya seperti isu arak yang sudah kita ketahui haramnya tetapi masih ada umat Islam yang menggunakannya. Tujuan fatwa ini setidak-tidaknya dapat juga kita mendidik para perokok supaya insaf dari sudut agama walhal mereka ini tidak tahu membaca dan Insya’allah jika kita tidak dapat membanteras rokok sekali pun, dapat mengurangkan bilangan statistik perokok mahupun merencatkan penjualannya sudah memadai.

Majoriti perokok akan berhenti merokok bukan setelah mereka meninggal mahupun mereka tua, tetapi mereka akan secara ‘automatic transmission’ berhenti setelah menghidap penyakit kronik contoh yang paling utama barah paru-paru. Ajaib! Ini adalah satu fenomena yang patut diketengahkan pada umum. Memandangkan mereka ini bukan setakat merugikan duit sendiri dengan membeli rokok malah akan merugikan duit kerajaan serta saudara mara untuk mendapatkan rawatan penyakit di hospital-hospital kerajaan ekoran akibat daripada aktiviti merokok tadi, maka eloklah sekiranya golongan ini diabaikan kebajikan serta hak-haknya sebagai pesakit rakyat Malaysia kerana mereka adalah pembazir duit Malaysia. Apa perlunya kita membela nasib mereka sedangkan mereka telah berkali-kali mendengar “Anda mampu mengubahnya” tapi masih mengambil jalan “Peduli hape aku”.Ramai yang berpendapat supaya haramkan sahaja penjualannya supaya tiada yang membelinya. Langkah ini juga bagus tetapi masalahnya perokok masih mahu merokok, kalau tidak dapat di Malaysia, boleh beli di negara jiran atau yang diseludup. Bagaimana mahu mengharamkan penjualan sedangkan perbuatan merokok itu tidak salah di sisi agama dan undang-undang? Malah sehingga artikel ini di tulis, masih ada lagi individu yang mempertikaikan kenaikan harga rokok adalah tidak wajar hanya kerana alasan akan menyebabkan gejala sosial lain meningkat dan jumlah penyeludupan rokok akan meningkat. Sebagai individu yang agak berpengalaman maka janganlah kita mencampur-adukkan Kementerian Kesihatan dengan Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan dia seharusnya menambah lagi dalam pertikaian itu ialah kempen ‘Tak Nak’ juga tidak wajar kerana mengurangkan jumlah bilangan perokok yang sedia ada.
to be continue... }}next week{{

Thursday, November 12, 2009

pRo gReEn n hEaLtHy EnViRoMeNt 2

Bayangkan orang yang tidak merokok pun tumpang sekaki mengikut jejak si perokok menuju ke rahmatullah hanya kerana berada berhampiran sewaktu perokok ini merokok. Adakah perlakuan ini boleh diumpamakan dengan ibarat nila setitik rosak susu sebelanga?
Mari kita cuba bayangkan situasi sebegini Ayah (tidak merokok), Ibu (mengandung 6 bulan), Nenek (pesakit asma), dan tiga orang anak yang semuanya masih bersekolah rendah. Keluarga ini keluar menikmati makan malam di sebuah restoran. Mereka memilih untuk duduk di ruangan ‘open air’ kerana si Ibu mengandung dan Nenek mengidap asma dan tidak sesuai duduk di ruangan berhawa dingin. Setelah makanan dihidangkan keluarga ini mula menikmati hidangan tersebut sehinggalah selesai. Kemudian datang pula sekelompok lelaki datang dan duduk di meja bersebelahan dengan keluarga ini. Selesai memesan makanan, mereka pun mengeluarkan rokok untuk dicucuh. Persoalannya, bayangkan anda sebagai si Ayah apakah tindakan anda untuk menjaga keluarga anda daripada bahaya asap rokok?
1. Menyuruh pelayan restoran menasihati sekelompok tadi supaya jangan merokok?
(walaupun berhadapan dengan risiko dibelasah beramai-ramai)
2. Mengalih meja ke tempat lain walaupun menyusahkan.
(tanda protes dan hanya menafikan hak sendiri dan jarang dilakukan)
3. Mengutuk dan menyumpah seranah dalam hati.
(menambah dosa serta masih membebankan ahli keluarga menghidu asap tadi)
4. Menampar mulut sekelompok yang merokok tadi.
(terlalu ekstrem dan menghadapi ancaman maut)
Walau apa sekali pun jawapan anda di atas mahupun jawapan sendiri, anda masih menyokong saya memerangi gejala merokok itu di restoran tadi kerana anda merupakan seorang ayah yang prihatin dan bertanggungjawab serta penyayang malah berpengetahuan tentang bahaya merokok serta mahu melindungi zuriat dan keluarga di sayangi.
Pernah sekali saya membaca artikel dalam email yang menyatakan bagaimana masyarakat Yahudi boleh memegang pelbagai jawatan-jawatan tinggi serta mahir dalam pelbagai bidang termasuklah pembikinan filem mahupun bidang penulisan. Sebenarnya perkara ini bukannya dilakukan oleh seorang mahupun dua orang individu tetapi seluruh masyarakat Yahudi amnya. Menurut artikel itu, merokok sememangnya menjadi taboo pada ibu-ibu yang mengandung hatta terbau asap rokok sekalipun sudah menjadi satu pantang pada mereka dan ini diikuti dengan diet-diet mereka yang seimbang untuk meningkatkan kecerdasan anak. Di sini, bukanlah saya cuba mengagungkan atau cuba mengangkat martabat mereka tetapi apa yang baik kita jadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. Jelas terbukti merokok, merencatkan kecerdasan bayi walaupun masih dalam kandungan lagi apatah lagi jika sudah dilahirkan di dunia dan didedahkan kepada asap rokok secara 24 jam oleh seorang ayah yang perokok lagi penyayang. Berapa ramai anak bangsa kita yang genius sehingga terkenal di merata dunia, tidak kira di bidang seni mahupun bidang-bidang lain. Jumlahnya dapat dihitung dengan jari. Hari ini, berapa ramai jutawan, hartawan, ilmuwan mahupun orang berjaya terdiri daripada perokok mahupun anak perokok? Kosong-0. Jika seorang ayah mendapat kad laporan anaknya yang bertanda dakwat merah semuanya, melenting sampai rumah bergegar pada skala 7.5 richter tapi sewaktu si isterinya mengandung ditiupkan pula asap rokok dalam rumah supaya menjadi ‘air freshner’ semula jadi. Bila anak kurang cerdas, di marah pulanya. Bukan setakat habis di situ, selesai marah dicapai pula rokok dan pemetik api dan cucuh pula rokok tersebut dan dapat ‘air freshner’ percuma lagi rumah itu.
to be continue...}}}next week{{{

Friday, November 6, 2009

pRo GrEeN n hEaLtHy EnViRoMeNt

Baru-baru ini, kerajaan Malaysia dalam laporan akhbar telah menaikkan lagi harga rokok kepada 30 sen sekotak dan ekoran itu pula Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan supaya harga sekotak rokok dinaikkan menjadi RM30 sekotak. Saya sebagai rakyat 1Malaysia yang menyokong slogan 'Rakyat Sihat, Negara Sejahtera' teramatlah sangat bersetuju dengan kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan untuk menyahut langkah menaikkan harga rokok tersebut. Saya merasa terpanggil mencoretkan artikel ini buat tatapan umum kerana saya penat serta letih menjadi “penapis udara asap rokok” secara percuma di tempat-tempat awam khasnya. Saya sungguh rimas dan gelisah apabila melihatkan anak bangsa saya masih lena di ulit masalah rokok yang tak pernah berpenghujungnya. Besarlah harapan saya sekiranya dimakbulkan Allah Ta’ala agar saudara pengarang tidak menyunting artikel saya ini demi kesihatan ummah dan masyarakat sejagat amnya.
Saya bukanlah seorang yang pro kerajaan mahupun pro pembangkang, malah dalam hal yang melibatkan isu kesihatan, saya sememangnya bersikap pro ‘green and peace enviroment’. Hal ini disebabkan kita sudah sedia maklum bahawa merokok bukanlah sesuatu perkara yang mendatangkan faedah mahupun menyumbangkan kebaikan kepada individu, masyarakat mahupun bangsa dan negara. Namun begitu masih ramai perokok yang bodoh dan berlagak pandai dengan meneruskan aktiviti merokok dan persoalannya kenapa walaupun kerajaan telah menghabiskan puluhan malah jutaan ringgit demi kempen menggalakan masyarakat bebas rokok, tetapi masih ramai lagi yang merokok malahan pula makin bertambah pula bilangan statistik perokok? Di mana silapnya? Apakah kempen ini tidak mesra perokok? Isu ini bukanlah isu semalam mahupun isu edisi tahun 2009 malahan sejak dari saya berada di bangku sekolah lagi. Sebenarnya bukanlah kempen yang dijalankan itu menemui kegagalan mahupun kempen tersebut membazir, tetapi perokok sendiri yang buta hati malah tidak keterlaluan jika saya katakan mereka ini masyarakat primitif. Telah terpampang bahaya merokok di dada-dada akhbar, kain rentang, poster, mahupun papan iklan di tepi jalan raya serta iklan di radio serta televisyen tetapi sayangnya perokok tidak tahu membaca, ekoran itu belilah lagi rokok bila sudah kehabisan. Pernah juga saya mendengar satu keluarga yang mana si ayah yang perokok telah membelasah anaknya yang masih belajar di tingkatan 1 kerana terlibat merokok. Sungguh tegas seorang ayah mendidik anaknya supaya menjadi bangsa berguna tetapi wahai saudara pembaca, kita jangan lupa kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang serta ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Itu belum termasuk kes dari negara jiran lagi, yang mana si ayah memukul sampai anaknya sehingga menemui ajal semuanya hanya kerana rokok yang durjana itu. Apakah nilai seorang manusia sehingga boleh ditandingi dengan sekotak rokok?? Malah pernah saya mendengar seorang pemanggil radio menceritakan bahawa beliau terpaksa melalui pembedahan kecil di matanya akibat gara-gara seorang pemandu kereta merokok dan habuknya terkena di mata pemanggil tadi yang ketika itu sedang menunggang motor. Bagaimana pula dengan kes sekiranya seorang perokok di depan anda sedang merokok dan habuknya terbang ke dalam makanan anda? Bertambah-tambahkah selera anda atau kemarahan anda sedang meningkat?
Secara normalnya, perokok akan memberikan pelbagai alasan yang kreatif serta paling logikal sekali untuk diterima akal apabila ditanya mengapa mereka merokok. Jawapan yang boleh memenangi anugerah jawapan paling kreatif itu adalah melepaskan ‘stress’ atau tekanan, mencari ilham, dan kadang-kadang ada yang kata pengaruh rakan lalu terjebak serta tak boleh melupakan nikmat merokok setelah kali pertama mencuba ibaratnya tidak boleh lupa kekasih pertama. Walau apa alasan ini sekali pun, mereka merupakan individu yang paling tidak bertanggungjawab di muka bumi ini, kerana demi melepaskan ‘stress’, mencari ilham, dan tak boleh melupakan rasa nikmat merokok, mereka ini telah membunuh orang lain secara sengaja. Saya pasti dan yakin, kita semua pernah mendengar asap rokok yang dihembus oleh perokok lebih bahayanya daripada asap rokok yang disedut oleh perokok dan itu tidak termasuk lagi asap rokok pasif yang melekat di fabrik-fabrik kain seperti baju dan seluar kita.

bersambung.. }next week{

Tuesday, November 3, 2009

hOt sHiNe, CoLd cLoUdY

Many of us creating a blog to express our feelings, thoughts and some might be sharing their moments together with others instead of keep intouch with others. For me, my main reason creating this blog is to share my opinions with others without boundaries. I love to write, wrote and writing but this is very contrast with my current job which I acquired a lot of speaking. Some may thought I just trapped in wrong timing with a wrong job but I tell you what, I do love my job so much and the feelings increased everydays. Well, although I'm not very fluent in English writing but still I prefer to write in English. Don't ask me why because I don't have the answer. However, majority of my post will be in Malay languages so just enjoy the post and hope that you will find your satisfaction of reading, here!