Friday, November 6, 2009

pRo GrEeN n hEaLtHy EnViRoMeNt

Baru-baru ini, kerajaan Malaysia dalam laporan akhbar telah menaikkan lagi harga rokok kepada 30 sen sekotak dan ekoran itu pula Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan supaya harga sekotak rokok dinaikkan menjadi RM30 sekotak. Saya sebagai rakyat 1Malaysia yang menyokong slogan 'Rakyat Sihat, Negara Sejahtera' teramatlah sangat bersetuju dengan kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan untuk menyahut langkah menaikkan harga rokok tersebut. Saya merasa terpanggil mencoretkan artikel ini buat tatapan umum kerana saya penat serta letih menjadi “penapis udara asap rokok” secara percuma di tempat-tempat awam khasnya. Saya sungguh rimas dan gelisah apabila melihatkan anak bangsa saya masih lena di ulit masalah rokok yang tak pernah berpenghujungnya. Besarlah harapan saya sekiranya dimakbulkan Allah Ta’ala agar saudara pengarang tidak menyunting artikel saya ini demi kesihatan ummah dan masyarakat sejagat amnya.
Saya bukanlah seorang yang pro kerajaan mahupun pro pembangkang, malah dalam hal yang melibatkan isu kesihatan, saya sememangnya bersikap pro ‘green and peace enviroment’. Hal ini disebabkan kita sudah sedia maklum bahawa merokok bukanlah sesuatu perkara yang mendatangkan faedah mahupun menyumbangkan kebaikan kepada individu, masyarakat mahupun bangsa dan negara. Namun begitu masih ramai perokok yang bodoh dan berlagak pandai dengan meneruskan aktiviti merokok dan persoalannya kenapa walaupun kerajaan telah menghabiskan puluhan malah jutaan ringgit demi kempen menggalakan masyarakat bebas rokok, tetapi masih ramai lagi yang merokok malahan pula makin bertambah pula bilangan statistik perokok? Di mana silapnya? Apakah kempen ini tidak mesra perokok? Isu ini bukanlah isu semalam mahupun isu edisi tahun 2009 malahan sejak dari saya berada di bangku sekolah lagi. Sebenarnya bukanlah kempen yang dijalankan itu menemui kegagalan mahupun kempen tersebut membazir, tetapi perokok sendiri yang buta hati malah tidak keterlaluan jika saya katakan mereka ini masyarakat primitif. Telah terpampang bahaya merokok di dada-dada akhbar, kain rentang, poster, mahupun papan iklan di tepi jalan raya serta iklan di radio serta televisyen tetapi sayangnya perokok tidak tahu membaca, ekoran itu belilah lagi rokok bila sudah kehabisan. Pernah juga saya mendengar satu keluarga yang mana si ayah yang perokok telah membelasah anaknya yang masih belajar di tingkatan 1 kerana terlibat merokok. Sungguh tegas seorang ayah mendidik anaknya supaya menjadi bangsa berguna tetapi wahai saudara pembaca, kita jangan lupa kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang serta ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Itu belum termasuk kes dari negara jiran lagi, yang mana si ayah memukul sampai anaknya sehingga menemui ajal semuanya hanya kerana rokok yang durjana itu. Apakah nilai seorang manusia sehingga boleh ditandingi dengan sekotak rokok?? Malah pernah saya mendengar seorang pemanggil radio menceritakan bahawa beliau terpaksa melalui pembedahan kecil di matanya akibat gara-gara seorang pemandu kereta merokok dan habuknya terkena di mata pemanggil tadi yang ketika itu sedang menunggang motor. Bagaimana pula dengan kes sekiranya seorang perokok di depan anda sedang merokok dan habuknya terbang ke dalam makanan anda? Bertambah-tambahkah selera anda atau kemarahan anda sedang meningkat?
Secara normalnya, perokok akan memberikan pelbagai alasan yang kreatif serta paling logikal sekali untuk diterima akal apabila ditanya mengapa mereka merokok. Jawapan yang boleh memenangi anugerah jawapan paling kreatif itu adalah melepaskan ‘stress’ atau tekanan, mencari ilham, dan kadang-kadang ada yang kata pengaruh rakan lalu terjebak serta tak boleh melupakan nikmat merokok setelah kali pertama mencuba ibaratnya tidak boleh lupa kekasih pertama. Walau apa alasan ini sekali pun, mereka merupakan individu yang paling tidak bertanggungjawab di muka bumi ini, kerana demi melepaskan ‘stress’, mencari ilham, dan tak boleh melupakan rasa nikmat merokok, mereka ini telah membunuh orang lain secara sengaja. Saya pasti dan yakin, kita semua pernah mendengar asap rokok yang dihembus oleh perokok lebih bahayanya daripada asap rokok yang disedut oleh perokok dan itu tidak termasuk lagi asap rokok pasif yang melekat di fabrik-fabrik kain seperti baju dan seluar kita.

bersambung.. }next week{

No comments:

Post a Comment