Pada pendapat saya, jika si perokok mahu merokok sekali pun janganlah sampai menyekat hak kebebasan untuk hidup sihat orang lain serta memburukkan kesihatan orang lain. Kalau nak mati pun atau tak sayangi diri sendiri, janganlah sampai menyusahkan orang lain. Siapkan dahulu wasiat mengatakan sekiranya terlibat dengan penyakit kronik akibat merokok, hendaklah pihak bertanggungjawab jangan ambil kisah terhadap mereka. Di hospital, para petugas sudahlah dibebani dengan pelbagai masalah pesakit yang ramai tapi si perokok pun mahu tumpang merasa nikmat di hospital pula. Sudahlah menyusah orang lain (petugas hospital), saudara mara pun di heretnya sekali. Apa tidak punya hati dan perasaankah para perokok sekalian??
Secara keseluruhannya, merokok sememangnya tidak mendatangkan faedah 100% tanpa was-was lagi. Malah dalam ajaran Islam sendiri menegaskan perbuatan membunuh diri sendiri adalah haram maka perbuatan-perbuatan yang mendorong ke arah tersebut juga adalah haram. Tidakkah perbuatan merokok itu umpama membunuh diri malah lebih keji lagi membunuh manusia yang tidak berdosa di sekelilingnya sekali? Majoriti yang merokok ini adalah di kalangan umat Islam sendiri dan hal ini memang sungguh mendukacitakan dan atas hal ini jugalah saya merasa amat terpanggil untuk memberikan serba sedikit cadangan untuk dipertimbangkan oleh pihak berwajib antaranya ialah supaya para mufti yang bersidang di Majlis Fatwa Kebangsaan membentangkan serta membahaskan isu ini yang mungkin boleh bertajuk “Haram Rokok Di Sisi Islam”. Bukan sekadar mengeluarkan tetapi hendaklah menguatkuasakannya secara aktif. Memang saya tidak nafikan, walau keluar fatwa bagaimana sekali pun tetap juga ada orang yang akan merokok contohnya seperti isu arak yang sudah kita ketahui haramnya tetapi masih ada umat Islam yang menggunakannya. Tujuan fatwa ini setidak-tidaknya dapat juga kita mendidik para perokok supaya insaf dari sudut agama walhal mereka ini tidak tahu membaca dan Insya’allah jika kita tidak dapat membanteras rokok sekali pun, dapat mengurangkan bilangan statistik perokok mahupun merencatkan penjualannya sudah memadai.
Majoriti perokok akan berhenti merokok bukan setelah mereka meninggal mahupun mereka tua, tetapi mereka akan secara ‘automatic transmission’ berhenti setelah menghidap penyakit kronik contoh yang paling utama barah paru-paru. Ajaib! Ini adalah satu fenomena yang patut diketengahkan pada umum. Memandangkan mereka ini bukan setakat merugikan duit sendiri dengan membeli rokok malah akan merugikan duit kerajaan serta saudara mara untuk mendapatkan rawatan penyakit di hospital-hospital kerajaan ekoran akibat daripada aktiviti merokok tadi, maka eloklah sekiranya golongan ini diabaikan kebajikan serta hak-haknya sebagai pesakit rakyat Malaysia kerana mereka adalah pembazir duit Malaysia. Apa perlunya kita membela nasib mereka sedangkan mereka telah berkali-kali mendengar “Anda mampu mengubahnya” tapi masih mengambil jalan “Peduli hape aku”.Ramai yang berpendapat supaya haramkan sahaja penjualannya supaya tiada yang membelinya. Langkah ini juga bagus tetapi masalahnya perokok masih mahu merokok, kalau tidak dapat di Malaysia, boleh beli di negara jiran atau yang diseludup. Bagaimana mahu mengharamkan penjualan sedangkan perbuatan merokok itu tidak salah di sisi agama dan undang-undang? Malah sehingga artikel ini di tulis, masih ada lagi individu yang mempertikaikan kenaikan harga rokok adalah tidak wajar hanya kerana alasan akan menyebabkan gejala sosial lain meningkat dan jumlah penyeludupan rokok akan meningkat. Sebagai individu yang agak berpengalaman maka janganlah kita mencampur-adukkan Kementerian Kesihatan dengan Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan dia seharusnya menambah lagi dalam pertikaian itu ialah kempen ‘Tak Nak’ juga tidak wajar kerana mengurangkan jumlah bilangan perokok yang sedia ada.
to be continue... }}next week{{
